This page has moved to a new address.

Tips Melancong ke Korea Selatan

Life's like that: Tips Melancong ke Korea Selatan

This page has moved to a new address.

Tips Melancong ke Korea Selatan

Life's like that: Tips Melancong ke Korea Selatan

Sunday, February 12, 2012

Tips Melancong ke Korea Selatan

Percutian saya ke Korea Selatan baru-baru ini masih lagi dalam musim sejuk. Ini adalah percutian pertama ke negara empat musim dan persediaan untuk ke sana dibuat dengan teliti. Apa yang perlu disediakan untuk melancong ke negara musim sejuk:

1) Pakaian yang sesuai; 'Winter coat', Sweater, Shirt dan Long John (inner wear) untuk suhu di bawah 0 darjah celcius

2) Kasut khusus untuk musim sejuk atau kasut kulit. Kasut sukan juga boleh tetapi yang kalis air. Stokin jenis 'wool'. Antara kedai yang menjual kasut sesuai ialah Universal Traveller dan Winter Time. Boleh juga memilih kasut sukan atau kasut kulit di Timberland.

3) Bawa sarung tangan. Sekiranya anda tidak membeli ear muff dan muffler di Malaysia, boleh dapatkan di pusat membeli belah di Myongdong. Harganya agak berpatutan.

4) Bawa makanan segera atau snack. Bergantung kepada jadual perjalanan anda dan pakej pelancongan. Sekiranya tiada menu makan tengahari atau makan malam disediakan, bekalan ini sekurang-kurangnya boleh menggantikan menu berkenaan. Bagi orang Muslim, agak sukar mencari restoran makanan halal sepenuhnya kecuali di Itaewon.

5) Sediakan losen Vitamin E atau Sunblock mengikut kesesuai kulit. Amat berguna kerana kulit kita tidak biasa dengan musim sejuk dan mungkin mengalami 'rashes'.

6) Untuk menunaikan Solat, boleh cari tempat yang bersih dan tunaikan Solat Jamak dan Qasar.

7) Memandangkan sukar mencari restoran makanan halal sepenuhnya, minta pihak restoran sediakan makanan vegetarian atau seafood sahaja. Ada sebuah kedai yang kami singgah menyediakan ayam yang dipesan khusus untuk orang Islam (Halal).

8) Kalau boleh elakkan bawa kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Cuaca yang sangat sejuk mungkin menyebabkan mereka tidak selesa.

9) 'Cubicle' bilik air tidak mempunyai pili seperti kebanyakan bilik air di Malaysia. Boleh gunakan wet wipes atau sediakan botol kosong untuk mengambil air daripada sinki di luar. Jangan risau, walaupun tiada pili di bilik air mereka, tetapi semua bilik air yang kami pergi bersih dan boleh digunakan dengan selesa.

10) Berseronoklah dan nikmati keindahan musim sejuk.

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Labels: ,

9 Comments:

Blogger KOREA JOM!! said...

assalamualaikum
kpd anda yg ingin melancong ke korea secara bajet,
kami pelajar msia di korea ada sediakan khidmat pakej tourguide^^

sila layari blog kami^^
http://koreajom.blogspot.kr/

July 19, 2012 at 5:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

saya nak gi korea tahun depan..sesape ada khidmat tourguide cam Korea JOM.. yg budget leh email to riangriang2u@gmail.com

September 23, 2012 at 2:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam..Saye ade plan nk p Korea thn dpn..saye da try pi view blog awak tp x boleh lah..boleh email saye details tak?email saye julieeya_libra85@yahoo.com

Tolong yer.tq^_^*

September 24, 2012 at 1:29 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam..pls email saye details..tq
julieeya_libra85@yahoo.com

September 24, 2012 at 2:10 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya tak dapat review blog awak..boleh email details @rini_capri@yahoo.com...saya akan ke korea pada April tahun depan. TQ

September 26, 2012 at 3:45 PM  
Blogger Mz.Lily_ch@N said...

Hai..nk tnye mase pegi ni guna travel agency mane? N bley share sket psl budget dkt sane x?

October 3, 2012 at 2:48 PM  
Blogger Norsa'adah Ahmad said...

PYO travel agency(plan your own). saya pergi seminggu dan bajet dalam lebih kurang RM1k. depends apa yg nak beli kat sana. mostly sightseeing sebab barang agak mahal sedikit

October 3, 2012 at 11:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

nk ynya ckit dekat korea kalo toilet nye adea air mcam kite x?
ke bantai tisu je semua? huhuhu

October 24, 2012 at 8:06 PM  
Blogger Norsa'adah Ahmad said...

toilet takde air, tapi bersih. sediakan botol mineral water so that boleh ambil air kt tap. cumanya kalau pegi winter, memang sejuk la air tu.

October 27, 2012 at 1:31 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home