This page has moved to a new address.

Keceriaan di Pulau Jeju

Life's like that: Keceriaan di Pulau Jeju

This page has moved to a new address.

Keceriaan di Pulau Jeju

Life's like that: Keceriaan di Pulau Jeju

Wednesday, March 21, 2012

Keceriaan di Pulau Jeju


Pesawat JinAir yang membawa kami mendarat di Lapangan Terbang Pulau Jeju pada jam 2030. Suhu di sini di atas paras beku, tetapi masih di bawah 5 darjah celcius.

Tidak sabar menunggu keesokan hari untuk menjelajah Jeju Island yang merupakan daerah terkecil di Korea Selatan dan suhunya lebih tinggi berbanding kawasan lain di negara ini. Jeju Island sangat istimewa kerana terdapat World Heritage Site Gunung Berapi Jeju dan kawah lava. Jeju Island juga terkenal dengan limau 'tangerine' Halla. Ia juga lokasi penggambaran drama popular My Girl.

Pic by Fizah. Morning breeze and rainy day.
Hujan renyai-renyai pagi itu. Selepas bersarapan, kami melawat ke kebun limau untuk melihat sendiri pokok limau. Pokok-pokok limau berbuah dengan banyak dan hidup rendah sahaja. Buah limau boleh dipetik tanpa memerlukan tangga. Buah limau juga digunakan untuk menghasilkan produk seperti coklat dan coklat bertih yang rangup berperisa oren. Mereka juga menjual buah oren segar untuk dibawa pulang. Tetapi harganya agak mahal.

Pic by Fizah. Hallabong in Jeju.
Destinasi seterusnya adalah Rumah Api atau dipanggil Seobjikoji. Keistimewaan disini ialah mereka mengekalkan binaan tangga tradisional untuk menuju ke Rumah Api. Daripada atas Rumah Api kami dapat melihat penempatan di Pulau Jeju. Lokasi ini juga terkenal dan dijadikan tempat penggambaran drama dan filem Korea.

Satu lagi tempat yang mesti dilawati di Pulau Jeju ialah Sunrise Peak atau Seongsan Ilchubong. Tempat ini pula terkenal sebagai batu gunung berapi dan sesuai untuk aktiviti 'hiking'. Anak tangga dibina dengan tersusun dan selamat untuk pelawat yang datang. Tingginya ialah 180m. Agak mencabar untuk saya kerana ada rasa gayat tapi saya teruskan juga. Sungguh indah pemandangan dari atas. Begitulah ciptaan Allah untuk menjadi pengajaran kepada manusia.

From Seongsan Ilchubong
Kemudian kami singgah makan tengahari di restoran dikaki bukit Seongsan. Selepas itu, kami melawat perkampungan tradisional, Seongup Folk Village. Menurut pegawai pelancongan, rumah-rumah disitu adalah penempatan sebenar dan masih ada lagi keluarga yang tinggal disana. Beliau berkongsi beberapa fakta menarik. Tiga perkara yang akan disebut apabila menceritakan tentang Jeju Island ialah cuaca yang berangin, batu gunung berapi (vocano rock mountain) dan penyelam wanita (women sea divers). Kuda adalah aset yang paling berharga bagi sebuah keluarga di Jeju. Dan untuk menjaga kesihatan mereka mengambil Emoji Tea (Five flavors cherry tea), madu asli dan tulang kuda (horse bone calcium). 

Teseum
helping out a fren
Di sebelah petang, kami pergi ke 3-D Museum / Trick Museum yang mempamerkan lukisan 3D. Yang menariknya, hasil 3D dapat dilihat dalam gambar yang diambil. Selepas itu, kami sempat pergi ke Teseum (Museum Teddy Bear) yang mengumpulkan pelbagai koleksi Teddy Bear dari saiz sekecil ibu jari sehinggalah sebesar anak gajah :) Tiket masuk ke Teseum ialah KRW9,000. 

Dalam perjalanan ke restoran untuk makan malam kami dibawa ke Mysterious Road. Apa yang misteri? Penumpang seolah melihat jalan mendaki bukit tetapi apabila enjin dimatikan bas tetap bergerak seolah menuruni bukit. Inilah ilusi optik terbesar pernah saya alami :)

Selepas makan malam, kami diberi pilihan untuk menonton Nanta Show. Kali pertama mendengar tentang Nanta Show. Ia adalah pertunjukan musikal yang terkenal bertemakan masakan. Sangat menarik dan menghiburkan. Kos agak mahal, KRW40,000. Berbaloi. Di Malaysia, saya tidak pernah mengeluarkan belanja semahal ini untuk menonton pertunjukan hiburan.

Bermalam di Jeju Island dan bersiap untuk pulang ke Seoul keesokan hari.



Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home